Monday, March 4, 2013

Persinggahan..

Johor
roti nan Osman
asam pedas, melaka tengah
Bazaar Karat
SM Teknik JB
apakah..?

Walimah sahabat 




Pahang











Sunday, February 10, 2013

Senyum je...



::Biodata & Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus::

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.
Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Nama :Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal:Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun)
2.Nur Farhah (20 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (17 tahun)
5.Ikhwan Najmi (15 tahun)
6.Khairul Mukmin (8 tahun)
7.Rasydan (7 tahun)
8.Daniel (5 bulan )

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda

Thursday, January 10, 2013

Tinta buat sahabat...

Sahabat,
di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,
ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..


UHIBBUKUM FILLAH!

Monday, December 24, 2012

Petua Imam Syafie mengenai 4 perkara


Antara empat perkara yang WAJIB kita tahu dan perlu ambil tahu . Ini adalah antara petua Imam Syafie

4 perkara yang MENGUATKAN BADAN 
-Kerap mandi
-Memakai haruman
-Makan daging
-Berpakaian dari kapas

4 perkara yang MELEMAHKAN BADAN
-Banyak bersetubuh
-Banyak minum air ketika makan
-Banyak makan makanan yang masam
-Banyak minum air ketika makan

4 perkara yang MENAJAMKAN MATA
-Memandang yang hijau
-Bercelak
-Duduk menghadap kiblat
-Berpakaian bersih

4 perkara yang MEROSAKKAN MATA
-Memandang najis
-Melihat orang dibunuh
-Melihat kemaluan
-Membelakangi kiblat

4 cara TIDUR
-TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi. 
-TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
-TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
-TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

4 perkara MENAJAMKAN FIKIRAN
-Tidak banyak berbual
-Bercakap dengan orang soleh 
-Bergaul dengan para ulama
-Rajin bersugi (gosok gigi )

Monday, November 19, 2012

Isu yang menjentik hatiku...


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar teman2...?
Moga kita semua masih kuat dalam memelihara iman ya...

Alhamdulillah, masih dipinjamkan rahmatNYA untuk saya menulis malam ini...
Tulisan dari seorang hamba & khalifah yang xdapat lari dari kelemahan sebagai manusia biasa...

Seperti yang kita tahu, lihat dan dengar...
Awal Muharram baru sahaja berlalu...
Kita digemparkan pula dengan berita saudara kita yang ditindas di bumi Gaza...

Tanyalah kepada diri sendiri termasuk saya...

Apa perasaan kita...?

Apa tindakan kita...?

Mendoakan...
Memaki hamun israel or sesiapa yang terlibat dalam penindasan tersebut...
Boikot...

Sedang sistem dan sumber untuk produk hari ini dikelola oleh mereka...

Mampu...?

Tinggalkan semua hiburan yang melekakan...
Tinggalkan semua kemudahan yang melemahkan...
Putuskan semua hubungan yang tidak bermanfaat...

Maaf jika persoalan ini agak kasar...
Hanya meluahkan apa yang terbuku.

Pendapat saya yang masih belajar dan kurang arif ini...

Mungkinkah ini semua agenda untuk mengalihkan pandangan kita...?
Agenda yang tersembunyi lebih berbahaya...

Marilah kita bersama mengubah diri kita sebelum kita mengubah dunia...
Merancang strategi untuk Islam menakluki dunia...
Merampas kembali 2/3 dunia yang dahulunya pusaka kita...

Jika kita lihat...
Islam dulu hebat bukan sahaja akhirat malah dunia...

Pimpinan-bukan hanya pada organisasi malah diri, keluarga malah sahabat
Ekonomi-untuk menyumbang pada agama
Ketenteraan-perpaduan dan kasih sayang mempertahan agama dan mengejar syahid
Ilmu-kesungguhan dan pemahaman yang membuat mereka semakin rendah hati

Suka saya dengan kata2 Mahatma Ghandi:

"Be the change that you wish to see in the world."

  




Thursday, November 15, 2012

Doa untuk Gaza


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?

Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, insya Allah.Apapun peristiwa ini menuntut kita semua untuk:

(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid dan melupakan semua perbezaan furuk dan cabang.
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral.
(d) Memperkasakan da'wah dan tarbiyah agar dalam jangka masa panjang kita berjaya halang kekejaman ini secara permenant.


Doa:




"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"



"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."



"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."


"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

Semoga Allah memperkenankan doa kita. InsyaAllah. Wallahua'lam.





Salam Maal Hijrah 1434





     Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNYA. Dari-NYA kita didatangkan, kepada-NYA jua kita kembali. Sesungguhnya seorang insan itu adalah sebaik baik ciptaan Allah. Dikurniakan akal dan fikiran yang indah sebagai menyempurnakan ciptaan-NYA untuk kita, hamba-NYA yang begitu kerdil dan naïf...


     Maha suci Allah yang lebih mengetahui apakah kedukaaan dan kekecewaan itu adalah kifarah atas kekhilafan kita dimasa lalu mahupun didatangkan ujian yang bermacam itu demi untuk meningkatkan cinta kita pada-NYA.. Subhanallah. Begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan Allah buat setiap hamba-NYA.. Dianugerahkan rasa cinta, kasih sayang, dan rindu untuk mengharmonikan ummah adam dan hawa. Lantaran suburnya rasa yang tiga ini dalam diri seorang insan maka naluri yang tertanam subur dalam kalbu itu kian bercambah, lantas menyatukan dua hati. Maka lahirlah pohonan rendang subur yang dinamakan keluarga yang mana akhirnya menjadi teduhan generasi takwa, cahaya mata yang lahir hasil kasih sayang yang subur dibajai iman pada yang ESA..


     Daku berbangga kerana lahir menjadi anakanda tercinta ayahnda dan bonda. Sejak Lahirnya daku kedunia maka tidak pernah sedetik pun aku jauh dari curahan kasih sayang dan belaian istimewa daripada bondaku.. Maha suci Allah yang telah menganugerahkan daku bonda yang begitu sabar mendidik daku dan saudaraku serta mengasuh daku. Guru dan teman2 yang mendidikku dengan ilmu duniawi dan ilmu untuk ku bawa apabila bertemu-NYA kelak. Jutaan syukur ku titipkan padamu ya Allah diatas kurniaan rasa bahagia dan tenang daku, berlindung didalam rumahku yang sangat bererti buatku itu...


    Beralihnya usia, maka semakin jauh kakiku melangkah. Maka sejauh itulah jua daku temui pelbagai ragam insan yang seringkali menduga kekuatanku pada-MU ya Allah. Daku yang lemah dan seringkali diriku ini rapuh dek hati yang tidak gentar menahan ujian yang begitu indah kau aturkan. Ya Allah, aku syukuri nikmatmu menganugerahkan daku akal yang telah membawaku kesini, menjunjung kalimah Lailahaillallah dan menggalas harapan orang tuaku. Berkat doa semuanya yang sering meniupkan semangat dan menitipkan ketabahan. Maha suci Allah, hanya diri-MU yang mengetahui sebaik baik dan seburuk buruk kejadian itu..






Monday, November 12, 2012

Ali bin Abi Thalib – Penghulu Para Sufi


Di antara sekian banyak sahabat Nabi, hanya Ali bin Abi Thalib-lah yang diberikan sebutan karamallahu wajhah; sebuah sebutan yang juga berarti doa “Semoga Allah memuliakan wajahnya” atau “Allah telah memuliakan wajahnya.” Semua ulama sepakat bahwa doa itu hanya dikhususkan untuk Imam Ali saja seperti halnya sebutan shalallahu ‘alaihi wa alihi wassalam untuk Nabi Muhammad. Ada beberapa riwayat yang menjelaskan hal ini. Salah satu riwayat di antaranya menjelaskan alasan tentang doa itu
Pertama, di antara semua sahabat Nabi saw, hanya Ali bin Abi Thalib yang tidak pernah menyembah berhala. Dia masuk Islam dalam usia yang masih kecil sehingga tak sempat beribadat kepada berhala. Artinya, wajahnya tak pernah disujudkan kepada berhala. Ali kecil langsung sujud kepada Allah swt.
Alasan kedua, Imam Ali adalah orang yang dikenal tak pernah melihat aurat, baik aurat dirinya sendiri maupun aurat orang lain. Dalam sebuah pertemuan di Shiffin, pasukan Imam Ali bertemu dengan pasukan Muawiyah. Sebelum perang berkecamuk, biasanya diadakan mubarazah atau duel antara dua orang yang mewakili pasukan yang akan bertempur. Imam Ali menantang Muawiyah ber-mubarazah namun Muawiyah tak berani dan Amr bin Ash menggantikannya. Dalam duel itu, Amr terdesak dan mengalami kekalahan. Ketika Imam Ali hendak memukulkan pedangnya ke kepala Amr, Amr lalu membuka auratnya sehingga Imam Ali segera berbalik memalingkan wajahnya dan meninggalkan Amr. Karena Imam Ali tak mau melihat aurat, selamatlah Amr.
Semasa hidupnya, Imam Ali dikenal sebagai seorang pria yang gagah dan tampan. Banyak hadis yang meriwayatkan Imam Ali memiliki kepala yang agak botak sehingga orang yang tak senang pada Imam Ali memberikan julukan ashla yang berarti “Si Botak”. Umar bin Khattab pernah berkata, “Sekiranya tak ada si ashla, celakalah Umar!” Ketika banyak sahabat lain mengecam Imam Ali dengan memberikan julukan ashla, Rasulullah saw berkata, “Janganlah kalian mengecam Ali karena ia sudah tenggelam dalam kecintaan kepada Allah.”
Imam Ali sering menjadi fana atau larut dalam kecintaannya kepada Allah. Pernah suatu hari, Abu Darda menemukan Ali terbujur kaku di atas tanah seperti sebongkah kayu di sebuah kebun kurma milik seorang penduduk Mekkah. Dengan tergopoh-gopoh, Abu Darda mendatangi Fathimah untuk berbelasungkawa, karena ia mengira Ali telah meninggal dunia. Fathimah hanya berkata, “Sepupuku, Ali, tidak mati melainkan ia pingsan karena fana dalam ketakutannya kepada Allah. Ketahuilah, kejadian itu sering menimpanya.”
Bagi Imam Ali, salat tidak merupakan peristiwa biasa namun adalah pertemuan agung dengan Allah swt. Imam Al-Ghazali mengisahkan hal ini dalam kitab Ihya Ulumuddin:
Suatu hari, menjelang waktu salat, seorang sahabat menemukan Imam Ali dalam keadaan tubuh yang berguncang dan wajah yang pucat pasi. Ia bertanya, “Apa yang telah terjadi, wahai Amirul Mukminin?” Imam Ali menjawab, “Telah datang waktu salat. Inilah amanat yang pernah diberikan Allah kepada langit, bumi, dan gunung tetapi mereka menolak untuk memikulnya dan berguncang dahsyat karenanya. Sekarang, aku harus memikulnya.”
Dengan sikapnya itu, Imam Ali ingin mengajarkan sahabatnya bahwa salat bukanlah kejadian biasa. Salat adalah amanat yang di dalamnya mengandung perjanjian mulia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Alangkah anehnya bila kita masih belum merasakan kekhusyukan itu di dalam salat kita. Tuhan berfirman, “Sungguh beruntung orang-orang mukmin itu; yaitu mereka yang khusyuk di dalam salatnya.” (QS. Al-Mukminun; 1)
Imam Ali juga dikenal karena salatnya yang khusyuk. Banyak sahabat yang memuji salat Ali sebagai salat yang mirip dengan salat Rasulullah saw. Puluhan tahun sejak kematian Rasulullah, seorang sahabat bernama ‘Umran bin Husain, salat di belakang Imam Ali di Basrah. ‘Umran berkata, “Lelaki itu mengingatkan aku pada salat yang dilakukan Rasulullah saw.” ‘Umran terkesan akan salat Ali bukan karena gerakan-gerakan lahiriahnya melainkan karena kekhusyukannya.
Ibn Abi Al-Hadid, seorang tokoh Muktazilah, bercerita tentang ibadat Imam Ali. Ia menyebutkan Ali sebagai orang yang paling taat beribadat dan yang paling banyak salat dan puasanya sehingga dari Ali-lah orang banyak belajar tentang salat malam. Selain itu, Ali senantiasa melazimkan wirid dan menunaikan ibadat-ibadat nafilah. “Dalam Perang Shiffin,” Al-Hadid bercerita, “di tengah-tengah perang yang berkecamuk, Ali masih mendirikan salat. Sesudah salat, ia membaca wirid. Dalam kesibukan perangnya, ia tak meninggalkan wiridnya padahal anak panah melintas di antara kedua belah tangan dan di antara kedua daun telinganya.”
Banyak hadis meriwayatkan kehidupan Imam Ali yang teramat sederhana. Ali bekerja keras membanting tulang untuk nafkah keluarganya. Istrinya, Fathimah, setiap hari menggiling gandum sampai melepuh tangannya. Suatu saat, setelah memenangkan sebuah peperangan, kaum muslimin memiliki banyak tawanan perang. Fathimah berkata pada Ali, “Bagaimana jika kita meminta salah seorang tawanan kepada Rasulullah untuk menjadi pembantu kita?” Ali enggan menyampaikan permohonan ini pada Rasulullah karena merasa sangat malu. Ia meminta Fathimah-lah yang memintakan hal itu. Pergilah Fathimah menemui Rasulullah saw. Begitu ia berada di hadapan Nabi yang mulia, Fathimah tak kuasa menyampaikan maksudnya. Ia pulang lagi ke rumahnya. Imam Ali lalu pergi untuk menyampaikan hal itu dan ia pun tak kuasa mengutarakan keinginan itu dan kembali lagi. Akhirnya keduanya memutuskan untuk pergi bersama-sama ke tempat Rasulullah. Disampaikanlah hajat itu tapi Rasulullah tak menjawab permintaan mereka. Keduanya pulang dengan perasaan malu dan takut akan kemurkaan Rasulullah.
Malam harinya Nabi datang ke rumah Ali. Nabi menyaksikan Ali hanya berselimutkan sarung yang amat pendek padahal malam teramat dingin. Jika selimut itu ditarik ke atas, terbukalah bagian bawah dan jika selimut itu ditarik ke bawah, terbukalah bagian atas. Rasulullah terharu melihat kesederhanaan Ali. Ia berkata kepada keluarga mulia itu, “Maukah kalian aku berikan pembantu yang lebih baik dari seluruh isi langit dan bumi?” Rasulullah saw kemudian memberikan wirid untuk dibacakan oleh keluarganya itu seusai salat. Wirid itu berisi 33 kali tasbih, tahmid, dan takbir. Begitu setianya Imam Ali dengan wiridnya itu, ia tak pernah meninggalkannya bahkan saat perang sekali pun. Ia melazimkannya dalam setiap keadaan.
Di masa kekuasaan Muawiyah, karena kebencian Muawiyah yang teramat sangat kepada Imam Ali, para khatib Jumat diperintahkan untuk mengakhiri setiap khutbahnya dengan kecaman kepada Ali. Cacian dan makian ini berlangsung selama hampir puluhan tahun. Ketika Umar bin Abdul Aziz berkuasa, perintah ini dihapuskan. Namun meskipun Muawiyah begitu membenci Ali, ia harus mengakui keutamaan sifat-sifat Ali. Suatu saat, Darar bin Dhamrah Al-Khazani diminta Muawiyah untuk bercerita tentang Imam Ali kw. Ia tak mau memenuhi permintaan itu. Ia takut, bila ia menceritakan keadaan Ali apa adanya, ia akan dianggap sebagai orang yang mengutamakan Ali, dan ia akan dihukum. Oleh sebab itu Darar hanya berkata, “Ampunilah aku, wahai Amirul Mukminin! Jangan perintahkan aku untuk mengungkapkan hal itu. Perintahkan aku untuk melakukan hal lain saja.”
“Tidak,” ujar Muawiyah, “aku takkan mengampunimu.” Akhirnya Darar bercerita tentang Ali dalam bahasa Arab yang teramat indah. Terjemahannya sebagai berikut:
“Ali adalah seorang yang cerdik cendekia dan gagah perkasa. Ia berbicara dengan jernih dan menghukum dengan adil. Ilmu memancar dari kedalaman dirinya dan hikmah keluar dari sela-sela ucapannya. Ia mengasingkan diri dari dunia dengan segala keindahannya untuk kemudian bertemankan malam dengan seluruh kegelapannya, di sisi Allah. Air matanya senantiasa mengalir dan hatinya selalu tenggelam dalam pikiran. Ia sering membolak-balikkan tangannya dan berdialog dengan dirinya. Ia senang dengan pakaian yang sederhana dan makanan yang keras.”
“Demi Allah, ia dekat kepada kami dan kami senang berdekatan dengannya. Ia menjawab bila kami bertanya. Namun betapa pun ia dekat dengan kami, kami tak sanggup menegurnya karena kewibawaannya. Jika tersenyum, giginya tampak bagai untaian mutiara. Ia memuliakan para ahli agama dan mencintai orang miskin. Orang kuat tak berdaya di hadapannya karena keadilannya sementara orang yang lemah tak putus asa di sisinya.”
“Aku bersaksi demi Allah, aku sering melihatnya berada di mihrab pada sebagian tempat ibadatnya. Malam telah menurunkan tirainya dan gemintang tak tenggelam, saat itu ia memegang janggutnya dan merintih dengan rintihan orang yang sakit. Ia menangis dengan tangisan orang yang menderita. Seakan-akan kudengar jeritannya Ya Rabbana, ya Rabbana…..”
“Ia menggigil di hadapan kekasihnya. Kepada dunia, ia berkata: Kepadaku kau datang mencumbu. Kepadaku kau merayu. Enyahlah dan pergi! Tipulah orang selain aku. Aku telah menjatuhkan talak tiga kepadamu. Usiamu pendek, posisimu rendah. Betapa sedikitnya bekal dan betapa jauhnya perjalanan, dan betapa sepinya perantauan.”
Muawiyah mendengar Darar yang bercerita dengan penuh perasaan. Meskipun ia amat membenci Ali, tapi ia tak kuasa menahan tangisan begitu mendengar penuturan Darar. Pada kesempatan lain, Darar pernah ditanya, “Bagaimana kerinduanmu kepada Ali?” Darar menjawab, “Aku rindu kepadanya seperti kerinduan seorang perempuan yang kekasihnya disembelih di pangkuannya. Air matanya takkan pernah kering, dukanya panjang dan takkan pernah usai.”
Imam Ali selalu mengisi malamnya dengan tangisan dan orang-orang yang mengenalnya akan mengisi kisah Ali dengan tangisan pula. Dalam tasawuf, menangis termasuk salah satu hal yang harus dilatih. Imam Ali berkata, “Salah satu ciri orang yang celaka adalah ia yang memiliki hati yang keras. Dan ciri hati yang keras adalah hati yang sukar menangis.”
Nabi saw bersabda, “Jika engkau membaca Al-Quran, menangislah. Jika tidak bisa, berusahalah agar engkau menangis.” Pada salah satu doanya yang teramat indah, Imam Ali memohon:
“Tuhanku, berilah daku kesempurnaan ikatan kepada-Mu. Sinarilah bashirah hati kami dengan cahaya karena melihat-Mu sehingga kalbu kami menorehkan tirai cahaya dan sampailah ia pada sumber kebesaran; arwah kami terikat pada keagungan kesucian-Mu. Air mata tidak mengering kecuali karena hati yang keras dan hati takkan keras kecuali karena banyaknya doa.”
KEHARUMAN PRIBADI IMAM ALI BIN ABI THALIB
Dalam rangka usaha meluruskan pengertian kaum muslimin mengenai ajaran agama Islam yang berkaitan dengan kewajiban berusaha mencari nafkah penghidupan, Imam ‘Ali selalu memberi pengertian kepada kaum muslimin mengenai beberapa pokok ajaran Islam, antara lain:
1. Nilai seseorang tergantung pada kadar kemauannya.
2. Bukankah kemiskinan itu termasuk cobaan hidup? Ketahuilah, bahwa kemiskinan yang terberat itu adalah penyakit jasmani. Dan penyakit jasmani yang terparah adalah penyakit hati. Kesehatan badan lebih berharga daripada kecukupan harta, dan hati yang bertaqwa lebih berharga daripada badan yang sehat.
3. Barangsiapa yang enggan bekerja ia akan menghadapi cobaan hidup, dan Allah tidak membutuhkan orang yang tidak mengindahkan nikmat yang dikaruniakan dalam harta dan jiwanya.
4. Orang yang bahagia adalah yang dapat menarik pelajaran dari orang lain, orang yang sengsara ialah orang yang tertipu oleh hawa nafsunya.
5. Hai para hamba Allah, janganlah sekali-kali kalian terkecoh oleh kebodohan kalian, dan jangan pula kalian menuruti hawa nafsu kalian. Orang yang tunduk kepada dua hal itu ia berada di tepi jurang terjal.
6. Ilmu pengetahuan wajib diikuti dengan amal perbuatan. Barangsiapa berilmu ia harus beramal. Dengan amal ilmu akan meningkat tinggi dan tanpa amal, ilmu akan merosot.
7. Amal perbuatan adalah buah ilmu pengetahuan. Orang berilmu yang berbuat tidak sesuai dengan ilmunya, sama dengan orang bodoh yang kebingungan dan tetap bodoh. Bahkan orang seperti itu kesalahannya lebih besar, lebih pantas disesali dan di hadirat Allah ia akan menjadi orang yang paling menyesal. Orang yang bekerja tanpa ilmu sama dengan orang yang bepergian tanpa kenal jalan, sehingga orang lain yang melihatnya akan bertanya-tanya: “berpergiankah atau pulang?!?”
8. Barangsiapa dikaruniai kekayaan oelh Allah hendaklah ia memperhatikan kaum kerabatnya, menghormati dan menjamu tamu sebaik-baiknya, membebaskan tawanan perang dan melepaskan orang dari penderitaan, membantu kaum fakir miskin dan orang yang tenggelam di dalam hutang demi kebajikan, dan hendaknya ia bersabar tidak menuntuk hak karena ingin mendapatkan pahala semata-mata. Sifat-sifat demikian itu merupakan keberuntungan yang akan menghantarkan orang ke arah kemuliaan di dunia dan insya Allah merupakan pembuka jalan baginya untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat.
9. Bekerjalah dengan sekuat tenagamu, janganlah engkau menjadi penumpang hasil kerja orang lain.
10. Janganlah engkau malu kalau hanya dapat memberi sedikit, karena dapat memberi sedikit lebih baik daripada tidak dapat memberi. Jadilah engkau seorang yang penyantun, tetapi jangan menjadi seorang yang pemboros. Jadilah engkau seorang yang hemat, tapi jangan menjadi seorang yang kikir.
11. Janganlah engkau menjadi orang yang tidak mempan peringatan, karena orang yang berakal cukup diperingatkan dengan tutur-kata yang baik, sedangkan hewan tak dapat diperingatkan kecuali dengan pukulan.
12. Hati manusia dapat merasa jemu dan lesu sebagaimana badan juga merasa jemu dan lesu. Karena itu carilah ilmu dan hikmah sebagai obatnya.
Imam ‘Ali berpendapat, orang yang hidup dicengkeram kemelaratan tentu kehilangan ketenangan dan ketentramannya. Sukar baginya untuk menghayati kejujuran, perilaku yang baik dan menghias dirinya dengan sifat-sifat utama. Sukar pula beginya untuk membuan rasa iri hati dan dengki dari lubuk hati. Maka itu ia mudah terperosok ke dalam penyelewengan yang tidak baik.
Benar bahwa Imam ‘Ali hidup zuhud dan menganjurkan kezuhudan, demikian juga dengan beberapa sahabat Nabi semisal Abu Dzar Al-Ghifari. Akan tetapi mereka tak pernah menganjurkan untuk lebih suka hidup melarat daripada berkecukupan. Imam ‘Ali tidak jemu-jemunya mengingatkan kepada kaum muslimin, “Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhirat seakan-akan engkau mati esok hari.”
Menurut Imam ‘Ali upaya memperoleh rizki dengan jalan yang benar dan lurus tidak akan mendatangkan hasil lebih besar daripada yang diperlukan untuk mengatasi kebutuhan. Dengan tegas dan jelas Imam ‘Ali berkata: “Jika kalian menempuh jalan kebenaran, tentu akan terbuka jalan yang menyenangkan kalian dan tidak akan ada orang lain yang menggantungkan penghidupannya kepada orang lain.”
Berdasarkan pengamatan yang tajam dan cermat Imam ‘Ali as yakin bahwa kemelaratan dapat menjerumuskan manusia ke dalam kekufuran. Karena itulah ia memerangi segenap kekuatan yang ada, serta dengan tegas dan tandas mencemoohkan orang-orang yang menganjurkan atau membagus-baguskan kemelaratan dengan dalih kezuhudan. Memang kalau hidup zuhud akan menambah iman dan taqwa kepada Allah Ta’ala, akan tetapi kalau kemelaratan akan membawa ke dalam kekufuran. Dimana nanti kita akan ‘menyembah’ selain-Nya. Itu bisa harta dan juga kekuasaan. Maka itu seumpamanya kemelaratan itu berupa manusia, seharusnya kita membunuhnya.
Ini hanya secuil dari sekian banyak hikmah yang bisa kita temukan dalam diri Imam ‘Ali, karena Imam ‘Ali as adalah mahasiswa utama yang menimba ilmu dari mahaguru umat sedunia, Muhammad saw. Yang mana, Rasulullah saw bersabda: “Hai’Ali, Allah telah menghias dirimu dengan hiasan yang paling disukai-Nya, Allah mengaruniaimu perasaan mencintai kaum lemah hingga Allah membuatmu puas (ridho) mempunyai pengikut mereka dan mereka pun puas engkau menjadi pemimpin mereka.”

Sunday, November 4, 2012

Kagum & Hormat...

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga kita semua masih bersungguh memelihara iman kita yea...

Alhamdulillah, hari ini saya masih dipinjamkan rahmat kesihatan dan waktu untuk menjalankan amanah yang telah diberikan...

Hari ini adalah pengalaman yang menarik untuk saya catatkan di dalam blog kembara saya ini...
Penulis yang saya kagumi dan hormati...

Kak Fatimah Syarha adalah salah seorang penulis yang saya amat kagumi kerana karyanya yang lahir dari perjalanan hidup beliau sendiri bersama suami...

Intipati tulisan kisah cinta beliau bersama suami begitu indah pengaturannya dan boleh dijadikan salah satu contoh kepada sesiapa yang mengimpikan cinta mengikut syarak dalam islam...(seperti saya.. huhu)

Saling mengingatkan bahawa semua yang ada ini milik Allah s.w.t. dan menekankan betapa perlunya ada sifat malu dalam diri sebagai perhiasan dan juga perisai untuk memelihara iman kita yang kian terhakis oleh kenikmatan dunia...

Pentingnya mempunyai pendirian sebagai Mukmin yang perkasa bukan pada tubuh badan tetapi Hati...


4x beli & 1 with signature...!!!
will get one

will get one
hadiah dari teman
alhamdulillah with signature...!!!





















Saya doakan agar kakak sekeluarga sentiasa dilindungi dengan Rahmat Allah s.w.t. dan dipermudahkan dalam perjalanan dakwah mencari redha Illahi...

Sentiasa menyokong usaha kakak...


neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan..manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran..:)




Friday, November 2, 2012

Along bile nak kawen...?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar para teman...?
Ku doakan agar kita semua masih sihat dalam memelihara iman...

Hari nie akan menghadiri satu lagi walimah sahabat merangkap adikku iaitu ukhti Aisyah binti Fuzi...
Alhamdulillah, impian beliau untuk menikmati cinta yang terpelihara iaitu cinta selepas pernikahan tercapai...
Barakallah ya ukhti wa akhi fillah... Semoga sakinah mawaddah wa rahmah...


cinta sejati xperlu dicari...
ianya telah tertulis aturan illahi...
kejarlah cinta Allah s.w.t. yang hakiki...
cinta dunia akan mengejar anda...
barulah anda akan rasa lebih dihargai...



Sering kali ditanyakan "bila saya akan menamatkan zaman bujang...?"

Jawapannya: Saya dalam perjalanan ke situ kerana niat sudah lama tersimpan nie... hehe
(doakan yea)

Jujurnya sangat senang dan teruja melihat satu demi satu rakan seperjuangan membina mahligai impian...
Berkongsi amanah sebagai hamba dan khalifah dalam mencari redha illahi...(so sweet anda semua)

Insyaallah akan terus mendoakan kalian... 

Perkembangan semasa:

Sekarang saya bekerja di sebuah company swasta di subang... kerani sahaja... 

Insyaallah, dalam gerak kerja untuk berniaga sambilan atas sebab2 tertentu dan matlamat tertentu...
(bersangka baek yea... sangat berharap agar niat tidak dicemari dengan nafsu dan fitnah dunia)

Perkahwinan dimulakan dengan cinta, tapi disempurnakan dengan tanggungjawab. 

Semanis Kurma, TV9

Adakah saya sudah menjawab soalan kalian...? 
hehehe...

Sekadar itu coretan pagi ini... Jazakallah




Dimanakah aku...?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku
pada hari kiamat ialah orang yang paling bagus akhlaknya,

dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah:

1. tsartsarun (yang banyak bicara)
2. mutasyaddiqun (yang bicara sembarangan lagi mencela manusia)
3. mutafaihiqun

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui tsartsarun dan mutasyaddiqun, tetapi siapakah mutafaihiqun itu?"

Rasulullah menjawab, "Mutakabbirun (orang yang sombong)."

(Riwayat  at-Tirmizi)

Aku Hamba yang Berdosa...

Wednesday, October 31, 2012

Berdiri Semula...




Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa hingga hari ini...

sudah terlalu lama meninggalkan diari ini rasanya...
terbeban dgn dunia yang sering melukakan...
tapi aku masih mampu melakar senyum untuk menutup semua kekecewaan...

dalam kealpaan sudah hampir setahun tujuh bulan aku menamatkan pengajian...
Kolej Islam Antarabangsa...
terlalu banyak cerita yang meninggalkan kesan besar ke atas diriku hingga hari ini...

tapi bukan ini yang ingin aku imbas sekarang...
tidak mahu kenangan menjadi beban dalam perjalanan...

sekarang aku memikul amanah yang lebih besar...
tiada lagi alasan untuk aku duduk bersahaja...
dibuai dunia dan terus leka...

Begitu banyak persoalan yang terbuku di hatiku...
Memikir langkah untuk bermula...

Apakah gerak kerjaku untuk agama...?
Keluarga yang sedia ada dan yang bakal ada...? 
Semuanya mesti bermula dengan gerak kerja untuk diriku sendiri...

Fitrah manusia mempunyai impian...
dan sering tertipu godaan syaitan...
melainkan yang yakin dengan aturan Tuhan...

Dimanakah aku dikalangan manusia...
Yang lebih penting dipandanganNYA...

Ampunkan aku yang Maha Esa...
Merasakan diri ini sungguh berdosa...
Angkuh & Sombong membuatku Lupa...
pada Pencipta yang Maha Kuasa...


Disini akan aku lakar semula...
Kembara ku mencari Taqwa...