Semoga kita semua masih bersungguh memelihara iman kita yea...
Alhamdulillah, hari ini saya masih dipinjamkan rahmat kesihatan dan waktu untuk menjalankan amanah yang telah diberikan...
Hari ini adalah pengalaman yang menarik untuk saya catatkan di dalam blog kembara saya ini...
Penulis yang saya kagumi dan hormati...
Kak Fatimah Syarha adalah salah seorang penulis yang saya amat kagumi kerana karyanya yang lahir dari perjalanan hidup beliau sendiri bersama suami...
Intipati tulisan kisah cinta beliau bersama suami begitu indah pengaturannya dan boleh dijadikan salah satu contoh kepada sesiapa yang mengimpikan cinta mengikut syarak dalam islam...(seperti saya.. huhu)
Saling mengingatkan bahawa semua yang ada ini milik Allah s.w.t. dan menekankan betapa perlunya ada sifat malu dalam diri sebagai perhiasan dan juga perisai untuk memelihara iman kita yang kian terhakis oleh kenikmatan dunia...
Pentingnya mempunyai pendirian sebagai Mukmin yang perkasa bukan pada tubuh badan tetapi Hati...
![]() |
4x beli & 1 with signature...!!! |
![]() |
will get one |
![]() |
will get one |
![]() |
hadiah dari teman |
![]() |
alhamdulillah with signature...!!! |
Saya doakan agar kakak sekeluarga sentiasa dilindungi dengan Rahmat Allah s.w.t. dan dipermudahkan dalam perjalanan dakwah mencari redha Illahi...
Sentiasa menyokong usaha kakak...
neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan..manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran..:)
No comments:
Post a Comment