Showing posts with label ~kasih sayang~. Show all posts
Showing posts with label ~kasih sayang~. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Doa untuk Gaza


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?

Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, insya Allah.Apapun peristiwa ini menuntut kita semua untuk:

(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid dan melupakan semua perbezaan furuk dan cabang.
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral.
(d) Memperkasakan da'wah dan tarbiyah agar dalam jangka masa panjang kita berjaya halang kekejaman ini secara permenant.


Doa:




"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"



"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."



"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."


"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

Semoga Allah memperkenankan doa kita. InsyaAllah. Wallahua'lam.





Thursday, March 3, 2011

habis da???

Bismillah...

sedar x sedar aku da last sem...
insyaallah lg 4mggu aku akan meninggalkan IIC...

terlalu byk kenangan aku disini...
  • bermulanya dgn teman serumah dulu hingga kini...
  • teman sekelas dahulu hingga kini...
  • pertubuhan & program yg menjalinkan aku dgn ramai org...
  • dan cinta yg aku temui di sini(semoga berkekalan...)

byk yg aku pelajari dlm persinggahanku di IIC...
semoga ia boleh menjadi bekalan ku utk perjalanan yg masih jauh ini...

xssgup utk berpisah sebenarnya...
tp inilah ketentuan...
setiap pertemuan ade perpisahan...

akhir kalam...
aku ingin sekali meminta maaf kpd semua ats kekhilafan diri ini...

semoga ukhuwah diantara kita akn terus terjalin dgn ikatan kasih sayang...

Jazakallah...