mat rempit diberi gelaran
motor ditunggang semacam gaban
roadblock dan polis bukan halangan
maklumlah semua pejuang afghanistan
highway dan jalan menjadi saksi
aksi melampau berani mati
willy dan wekang dicelah gigi
superman pula apatah lagi
motor dimodifight penuh teliti
diambil kira segala segi
tayar dan gear enjinnya sekali
barulah power macam tongkat ali
pengalaman eksiden tiada terkira
cuma xmerasa dihantar ke pusara
setakat luka tampal plaster kan cepat
setakat patah hospital kan dekat
dikejar polis katanya gampang
angkatlah tayar willylah 8 tiang
(dialog hantu kak limah)
prinsip dijunjung tiada dilupa
biarpun badai ku rempit jua
sayang seribu kali sayang
pemuda pemudi tiang harapan
tergolek tertiarap terkangkang dijalan
hidup dipandang alahai kesian
mati terukir dibatu nesan
ingat wahai pemuda sekalian
matimu nanti pasti bersoalan
time tu
tiada helmet untuk menahan
pukulan malaikat tiada tandingan
sekadar peringatan untuk diri sendiri & all the muslim teenagers in the world...!
takbirr...!!!
(jika ada teguran sila keutarakan...)
Jazakallah
No comments:
Post a Comment